July 21, 2011

TAHAJJUD CINTA

Dividers
post ini hanya di copy ja ::: credit to ::http://bella0107.blogspot.com

"✿ In the name of Allah , Most Gracious , Most Merciful ✿"
Assalammualaikum...
Sejak akhir-akhir ini seringkali kita terdengar desas desus tentang cerita tahajjud cinta. 

 Apa makna tahajjud ? 
Tahajjud kalau ikutkan adalah ibadah sunat solat 1/3 malam. Ianya adalah sesuatu ibadah sunat yang sangat tinggi wasilahnya dalam kita bertaqarrub menghadap Ilahi(mendekatkan diri kepada Allah S.W.T). 

Firman Allah: 
"Dan bangkitlah pada sebahagian daripada waktu malam serta bertahajjudlah padaNya sebagai solat tambahan bagimu,semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji"
(Surah Al-Isra':79)
Aisyah r.a berkata:
Rasulullah S.A.W bangkit pada sebahagian daripada malam dan mengerjakan solat yang hingga bengkak kedua kakinya. Lalu Aisyah berkata kepada baginda: "Ya Rasulullah, mengapa engkau lakukan ini semua? Bukankah dosa engkau yang terdahulu dan terkemudian telah diampunkan?" Baginda menjawab: "Aku suka menjadi hamba yang tahu bersyukur."

Satu hadis dari Jabir r.a mengatakan beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Pada malam hari ada satu di mana jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Dan demekianlah setiap malam."

Impak dalam mengerjakan Tahajjud cinta Ilahi:
  • Mendapat pengawasan Allah S.W.T dan menampakkan kesan ketaatan pada wajahnya.
  • Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang mukmin.
  • Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
  • Wajahnya bersih bercahaya ketika dihimpunkan di Mahsyar.
  • Dimudahkan hisab ke atasnya.
  • Menerima catatan amalnya di sebelah kanan.
Apa makna cinta sebenar?
Cinta dalam Islam adalah khas nya untuk pencipta kita yang terlalu mencintai hamba-hambanya. Pelbagai tanda cintaNya diberikan kepada hamba-hambanya tatkala hambanya itu bersyukur ataupun tidak. Cinta itu untuk Ilahi. Cinta sesama insan itu selayaknya didefinisikan sebagai kasih sayang. Cinta banyak maksud tersirat. Semua orang berpandangan berbeza terhadapa Cinta. 

Berbalik kepada isu utama tentang drama bersiri Tahajjud Cinta yang disiarkan setiap hari Jumaat 9.00 malam di TV3.
Ramai yang mempunyai pendapat yang sangat berbeza-beza. Dalam slot episod pertama telah memaparkan adegan yang 'panas' menyebabkan pelajar  Islam yang tahu selok belok utama bagaimana hubungan ikhtilat antara lelaki dan perempuan di sana (Jordan) menerima tamparan yang hebat dari drama ini. Syabas buat penceritaan drama dari Malaysia mahukan kelainan,ingin mengikut jejak cerita.drama atau filem dari seberang Indonesia, yang telah banyak memaparkan kisah Islamik mereka membuatkan jutaan penonton memberi respon yang sangat menakjubkan! 

Bagi pendapat Princess sendirilah, setiap orang ada pendapat masing-masingkan? So, dalam episod pertama drama ini telah membuatkan persepsi Princess seperti terkejut juga, sebabnya kebiasaannya orang yang berpurdah tidak akan sesuka hati berdua-duaan dengan insan bernama lelaki walaupun secara terbuka. Itu realiti yang kita tahu. Ya, tidak semua wanita se'alim' itu mampu lakukan terbaik, tapi dari segi permakaian yang digunakan juga oleh para isteri Rasulullah perlulah kita hormatinya. Ia adalah pakaian yang sangat suci untuk di aibkan. Janganlah nak menjadi masyhur dengan jutaan penonton sekalipun sanggup mempergunakan agama sebagai permainannya. Dulu, pasal politik sahaja, ramai pelajar di sana juga kecewa, sebabnya pelajar dari jurusan agama dianaktirikan, bila rakyat mula bersuara barulah terkedek-kedek nak tolong, bila dah cakap tentang agama, barulah nak merangkak-rangkak menutup malu sendiri. Apa nak jadi Islam sekarang? Sudahnya lihatlah dunia, Islam semakin dikuasai kerana kemunduran fikirnya oleh umatnya sendiri. Sekarang masih kita punya waktu untuk kita sedar, kerana masih ramai mahu bersuara menegakkan agama Islam! Cuba bayangkan kalau tiada seorang pun bersuara? Kita bagaimana? Islam ke mana? Ya, dalam Al-Quran ada mengatakan Islam tidak akan pupus sehingga ke akhirnya, tinggallah orang-orang yang munafik! Adakah anda mahu menjadi sebahagian orang-orang yang mengaku beriman, dia Islam tapi sanggup membelot itu MUNAFIK! Na'uzubillah!

Princess sangat tabik jalan cerita filem dan cerita novel KETIKA CINTA BERTASBIH
Jalan cerita ini sangat memberi impak yang sangat-sangat berguna, memang sangat-sangat puji hasil perfileman mereka walaupun cerita mereka yang lain bukanlah releven sangat tapi ini adalah filem yang Princess sangat-sangat tabik. Ini sahaja okey! Sebab ceritanya menguji keimanan dan kesabaran seseorang Muslim dan Muslimah yang sebenar dalam mengharungi pelbagai ujian.
OKI SETIANA DEWI

#Dalam cerita Tahajjud Cinta langsung tidak mengimarahkan sifat muslimah sebenar. Sudahlah memakai pakaian para isteri Rasulullah, tapi langsung tidak menunjukkan ciri-ciri muslimah sebenar. Seorang muslimah yang tertutup hijabnya adalah baik pekertinya. Tidak terjerit terlolong meraung merintih atas kematian seorang sahabat, dalam cerita itu bukannya sahabat, tapi kekasih! Ada ke patut berperangai seperti orang tiada iman langsung!  Memalukan sahaja! Sudahnya boleh pula bersiar-siar berempat dua lelaki dua perempuan. Boleh jadi cerita ini menjadikan spekulasi yang memburukkan agama.

Komen tentang pelakon-pelakonnya, Princess tak nak komen sangat pun. Sebabnya, nanti habis kena hentam menghentam sudah. Lagi better kalau nak buat cerita Islamik sekalipun, carilah artis yang sedia ada yang berpakain tudung. At least penonton tengok pun lagi teruja. Now, ramai dah kan artis dah bertudung? Kenapa susah sangat nak cari ea? Rasa-rasanya bakat boleh dicungkil, tapi keperibadian sebenar bukan senang nak cari. See, artis yang bertudung contoh Irma Hasmie, Heliza Helmi, Anne Ngasri, dll. Heliza Helmi itu pun sesuai dijadikan watak utama dalam drama ini, kerana keperibadiannya itu pun sangat-sangat memikat sesiapa yang melihat.Menjadikan idola setiap remaja.





Actually, sangat suka tengok cara artis ini berpakaian, walaupun dia suka mempelbagaikan fesyen, dia sangat mengambil berat dalam tuntutan sebenar dalam Islam. Islam tidak melarang untuk berfesyen, tapi....
cara artis ini pakaiannya tidaklah terlalu ketat, jarang, singkat, tudungnya pula menepati syarat walaupun menggunakan shawl. tidak pula melihat artis ini mengenakan legging. Inilah dikatakan idola fesyen terkini bagi semua remaja yang sebenar! Ya, I'm respect u Heliza Helmi. Menggunakan kecantikan yang dianugerah itu sebaik-baiknya.*rasa-rasa macam nak letak je bebanyak gambar artis ini. hehehe

Paling kelakar wall post artis ini sekarang menitikberatkan pemakaian stoking.
CETOKIN! hehehe sedang membaca sekerip untuk hosting Manjadda Wajada esok dan lusa, hari RABU ija ke Langkawi untuk buat motivation Talk, 2 sesi.. Doakan Ija yeh.. Siapa Berusaha, dia dapat hasilnya..:) Manjadda Wajada, Tv Al Hijrah 114 bermula 1 ogos ni jam 830 malam,(13 episod) InsyaAllah.. CETOKIN, ecok jangan lupa pakai CETOKIN..:D

So, sekarang ni pun cerita Tahajjud Cinta itu pun dah blacklist kowt dalam senarai cerita nak ditonton Princess. Stanza Cinta itupun rasa lagi bagus nak tengok. Ada penceritaan yang baik untuk ditonton bukan sahaja para pelakon sesuai, tapi cara mereka melakonkan begitu baik sekali! Hakikat sebenar Nur Fathia sangat-sangat tertekan dalam merealisasikan watak dalam cerita tersebut, tapi lakonannya sangat-sangat baik walaupun baru menceburi bidang lakonan.


Dia juga bukanlah antara artis yang bertudung, tapi cara dia melakonkan watak tersebut sangat-sangat baik! Tidak adalah terpekik terlolong ke, menggedik-gedik ke, okeylah walaupun kadang-kadang ada juga kekurangan. Sekurang-kurangnya imej Islam masih juga dijaga. Itu baru lakonan pemakaian tudung biasa bukan tudung labuh. Adeh.......tak faham3x...rasa-rasa nur fathia kowt patut ambil watak utama tu. suggest je....

Drama bersiri Tahajjud Cinta ini sampai ada yang buat fanpages lagi 

Alangkah pelajar di Jordan panas mendengar drama ini ditayangkan, lagi panas jutaan penonton di Malaysia yang menonton drama ini:
walaupun kami bukan pelajar jordan tapi terasa sedikit kesal melihat jalan cerita drama ini.banyak yg menyimpang dari apa yang sebenar-benarnya yang dituntut dalam agama."matlamat sungguh tidak menghalalkan cara".
Ya, matlamat tidak menghalalkan cara!!

Okey, itu sahaja sedikit komen dari Princess sendiri. Apa yang baik itu datangnya dari Allah, apa yang kurang itu datangnya dari diri Princess sendiri, walaupun hakikat yang sebenar kedua-duanya itu adalah ketentuan dari Nya untuk mengizinkan.

Sebagai umat Islam tidak salah untuk menegur, tapi biarlah setiap teguran itu menggambarkan ciri-ciri sebenar dan matlamat utama untuk menegur.
sekian wassalam




Terima kasih kerana membaca ,'LIKE kalau sudi

COPYRIGHT LIEZA