May 26, 2013

Cuti sekolah ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) hari ni nak update pasal cuti sekolah , haha . padahal cuti sekolah dah mula dari 24 hari bulan lagi , tapi aku ja lambat . Maaf maaf . Sebenarnya aku bukan ada apa sangat nak update ni , aku main taip ja apa yang terlintas , almaklum la idea tak banyak . aku bukannya blogger profesional . tapi blogger kanak-kanak ceria. . haha . *syok sendiri . padahal bukan ada apa yang lawak sangat pon . okayyyyyyyyyyyyyy ! cukup ! ha , peperiksaan pertengahan tahun pon dah habis , alhamdulillah . semua nya berjalan dengan lancar , tapi result ? hmmm . taktau la nak kata . baru dapat result sains ja . Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah . dapat A- . A- jerrrr  . sesuai la dengan usaha yang malas tu . sebab tu dapat banyak tu ja , cuba la kalau rajin , mesti dapat A+ dah . bahahaha . *belagak nyaaa . tobat hampa menyampah baca kan ?*ehh ada kan org nak baca apa yg aku tulis ni . perasaan ! hahaha . Cuti ni macam tak cuti ja , homework berlambak-lambak -_- terima kasih cikguuu sebab bg homework , kami tau cikgu sayang kami . Kalau cikgu tak sayang kami , mesti cikgu buat taktau ja kan ? terima kasih cikgu :D hehehe . cuti 2 minggu ja . seriously , tak rasa lansung nak enjoy waktu cuti ni , dok terbayang trial dgn spm yang dok menghitung hari nak jumpa aku -_- lagi satu pasal kerja khusus akaun aku yang tergantung ni , aku taktau la bila boleh siap . hahaha . bila boleh siap ? saja ayat nak tunjuk kata aku ni kurang pandai la pulak . Macam mana la nak siap ?kan kalau tak buat ? apalaaaaaaaaa . kadang-kadang aku stress sangat dengan pelajaran ni , pening nak kena ingat banyak-banyak . tapi nak berjaya kan ? kena la ada ilmu . semua tu 

untuk masa depan . 

cukup dulu sampai disini . taktau dah nak merepek apa . Assalamualaikum :)



Terima kasih kerana membaca ,'LIKE kalau sudi

COPYRIGHT LIEZA